Alhamdulillah, Allah rezekikan saya menulis beberapa buku kewangan. Ini hasil daripada pembacaan, bertahun-tahu buat praktikal dan pengalaman dalam bidang ini.
Memang saya seorang doktor perubatan. Tetapi doktor juga manusia biasa. Yang perlu guna duit untuk diri dan keluarga – untuk masa kini dan hadapan. Sebab itu saya belajar dan terus belajar dalam bidang kewangan, secara direk atau tidak. Pernah juga buat training berkaitan kewangan.
Alhamdulillah, bila saya berjumpa peluang sehebat Think Quran, saya terus mengambil tindakan. Pertama – untuk belajar faham bahasa al-Quran. Percubaan untuk belajar BA ni sudah berkali-kali saya usahakan. Namun setiap kali saya syahid. Dan apabila berjumpa TQ, hati kecil saya terdetik , ‘App ni lain dari yang lain.’ Alhamdulillah. Saya tidak dikecewakan. Malah bertambah yakin.
Kedua, orang yang selalu menghendap peluang untuk cetak duit (active dan passive income) dan buat pelaburan (passive income) akan menjumpai peluang yang luar biasa dalam TQ. Oleh sebab itu, introducer saya tak perlu beria-ia bercakap untuk memujuk saya. Sebab saya dah dapat, dengan ilmu yang Allah dah berikan. Pepatah kita juga ada mengatakan, “Hanya jauhari yang mengenal manikam.”
Sharing ini bukan untuk menunjukkan saya hebat. Tidak. Saya orang biasa-biasa saja. Ia hanyalah untuk menyatakan kesyukuran saya bertemu dengan Think Quran yang memberikan peluang untung dunia akhirat. Inilah ‘end game’ saya dan rakan-rakan dalam TQ semua.
Dan bagi kegiatan lain, saya terus berkhidmat sebagai doktor selagi termampu. Manakala penulisan ialah profesion seumur hidup saya. Terus memberi makna kehidupan selagi terdaya.
Bagi rakan-rakan yang nak sembang-sembangxtepi kolam mandi di kondo saya, jemputlah datang hi hi…
